Isnin, 13 Disember 2010

ASSALAMUALAIKUM...

                                            
                          Ahlan Wasahlan fi "TAJ TUNAS HARAPAN" :) 




      Marilah menuju kejayaan di sini. Justeru bersama-sama kita melihat blog ini.   
                                                               

SEJARAH TAJ TUNAS HARAPAN PT. BILAL

     Sekolah Agama Parit Bilal terletak di Jalan Taman Tasek Merdeka, Batu Pahat. Sekolah ini dikategorikan sekolah Gred C yang mempunyai bangunan sendiri kedudukan sekolah yang strategik berhampiran dengan Taman Tema Air Wet World.Sekolah Agama Parit Bilal mempunyai Tadika Agama Johor yang telah ditubuhkan pada tahun 2001.Pada awal penubuhannya, TAJ di sekolah ini hanya mempunyai seorang sahaja tenaga pengajar dengan  seramai 18 orang pelajar.

       Dari tahun demi tahun pelajar TAJ semakin meningkat dan pada 2009 tenaga pengajar bertambah seramai 2 orang dengan  seorang pembantu dan seramai 30 orang pelajar. 

KURIKULUM TAJ

     Kurikulum Prasekolah Pendidikan TAJ disediakan berdasarkan kepada kesesuaian dan kemampuan kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun.
    
   Kurikulum TAJ juga telah melahirkan satu program baru yang dinamakan Program Pintar Al-Quran.